Isu Baitulmaqdis. Lepas Lama Berdiam Diri, Ini Komen Tun Mahathir Yang GELIGA

Loading...

Lepas satu per satu pemimpian dunia Islam bangkit nyata bantahan terhadap Trump, lepas lama berdiam diri, akhirnya Tun Mahathir pun bersuara. Betul gak apa yang dikatakannya. Kongsikan.

TUN MAHATHIR MENGUTUK KERAS TINDAKAN TRUMP

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menentang keras tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

 

Katanya, apa yang dilakukan Trump seperti sengaja mahu mengapi-apikan keadaan di Timur Tengah.

Malah, proses pendamaian antara Israel dan Palestin tidak dapat diteruskan dan sudah tentu membangkitkan kemarahan orang Islam seluruh dunia.

“Tindakan itu hanya membakar hati ramai orang Islam, dan saya percaya bahawa hasilnya ialah lebih banyak keganasan akan berlaku di serata dunia,” katanya dalam ucapan ringkas di Facebook beliau, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada arahan Trump semalam, yang mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara rejim Israel yang baharu.

Trump juga mengumumkan AS sedang membuat persiapan memindahkan kedutaannya di Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

SARANAN RUJUK KEMBALI SEJARAH

Tun Mahathir berkata, Baitulmaqdis merupakan tempat suci kepada tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.

“Justeru, mana-mana pihak tidak seharusnya cuba untuk mengambil alih demi kepetingan negara masing-masing.

“Israel sudah tentu tidak ada hak untuk berbuat demikian dan saya yakin Israel akan bertindak sebegitu seolah-olah Baitulmaqdis itu adalah ibu kota mereka,” katanya.

Beliau menambah, yang jelas Trump tidak mampu pun menangani masalah di Korea Utara, tetapi dia dengan mudah menindas orang-orang Islam di Timur Tengah.

Katanya, dunia Barat berani menzalimi umat Islam kerana mereka percaya negara Islam terlalu lemah untuk bertindak balas.

“Kita tidak menyokong penganas, tetapi kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana kita dapati dunia Islam begitu lemah dan sesiapa sahaja boleh menindas orang-orang dan negara Islam sesuka hati termasuk mengiktiraf Baitulmaqdis,” katanya.

Sumber : Saya Luv Islam via Ismaweb

Isu Baitulmaqdis. Ini KATA Dr Yusuf Qardawi Yang Buat Hati Umat Islam BERGETAR

Banyak negara-negara bukan Islam telah pun berani buat bantahan terbuka. Dan akhirnya Dr Yusuf Qardawi pun tampil beri kenyataan yang mengentarkan hati umat Islam. Jom baca dan kongsikan..
SERUAN DR YUSUF QARDAWI
Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof Dr Yusuf al-Qardawi menyeru umat Islam seluruh dunia bangkit menyatakan bantahan terhadap pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Beliau yang juga tokoh ulama Islam Mesir berkata, kita perlu menyatakan solidariti dan menentang pengiktirafan yang dilakukan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

“Kita perlu perlu bangkit. Kita perlu berani untuk katakan tidak terhadap isu ini.

“Apa guna Palestin tanpa adanya bumi Baitulmaqdis? Di manakah umat Islam saat kita dihina seperti ini?

“Di manakah dunia Islam saat tanah kita dirampas? Di manakah umat Islam yang bertebaran dari timur ke barat?,” katanya menerusi akaun Twitter beliau.

AMERIKA TERUS BONGKAK

Trump semalam mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang baharu.

Dalam masa sama, Trump juga mengumumkan AS sedang membuat persiapan bagi memindahkan kedutaannya di Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Meskipun mendapat kecaman daripada pemimpin dan umat Islam seluruh dunia, namun Amerika tetap dengan pendiriaan yang tidak berubah.

Ketika mana Baitulmaqdis diiktiraf sebagai ibu kota Israel, AS kini menjadi negara pertama berbuat demikian pasca perang pada 1948.

Sumber: Saya Luv Islam via Isma Web

Terkini Gaza Tiba2 DISERANG Israel. Puncanya Buat Ramai Umat Islam GERAM

Ekoran keangkuhan Trump pindah ibu negara Israel ke Baitulmaqdis, negara-negara Islam mula bantah. Tapi terkini Gaza tiba-tiba diserang Israel. Puncanya buat ramai umat Islam geram.. Allahu. Kongsikan.

GAZA MULA BERMANDI DARAH

Beberapa jam selepas Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menggesa dilancarkan intifada terbaharu menentang rejim Zionis, beberapa bandar di Palestin, termasuk Baitulmaqdis mula bermandikan api dan asap.

Ratusan pemuda Palestin mula bangkit memenuhi jalan raya di sekitar Semenanjung Gaza menentang keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan akan memindahkan kedutaannya ke bandar suci itu.

Selain melakukan tunjuk perasaan, pemuda Palestin turut membakar tayar dan membaling batu ke arah askar rejim Zionis, dan dibalas dengan tembakan, menyebabkan sekurang-kurangnya 17 penunjuk perasaan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, cedera.

GERAKAN INTIFADA HAMAS

Terdahulu pemimpin utama Hamas, Ismail Haniyeh menggesa rakyat Palestin melancarkan intifada sebagai menentang keputusan Trump itu.

“Polisi Zionis disokong oleh AS tidak boleh ditentang kecuali dengan menyalakan intifada baharu. Keputusan AS adalah satu pencerobohan, perisytiharan perang terhadap kita, terhadap umat Islam dan penganut Kristian di Palestin,” kata Haniyeh dalam ucapannya di Gaza.

Pasukan keselamatan rejim Israel turut menambah anggotanya di Semenanjung Gaza, termasuk di Baitulmaqdis, sebagai persiapan kemungkinan demonstrasi besar-besaran yang dijangka berlaku selepas solat Jumaat, esok.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, juga akan mengadakan sidang tergempar esok, bagi membincangkan situasi di Baitulmaqdis. Sidang itu diminta diadakan oleh Britain dan tujuh daripada 15 anggota Majlis Keselamatan.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 17 penunjuk perasaan cedera selepas askar rejim Zionis melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

RIBUAN PENDUDUK PALESTIN TUNJUK PERASAAN

Di Hebron dan Al-Bireh di Tebing Barat, ribuan penunjuk perasaan memenuhi jalan raya sambil melaungkan ‘Baitulmaqdis adalah ibu negara Palestin’. Sesetengah daripada mereka membaling batu ke arah askar Israel.

Seorang penunjuk perasaan cedera terkena tembakan peluru hidup, manakala 14 lagi terkena peluru getah, kata pasukan perubatan.

Di Semenanjung Gaza, penunjuk perasaan berkumpul berhampiran pagar sempadan Israel sambil membaling batu ke arah askar Zionis. Dua daripada mereka cedera parah selepas ditembak menggunakan peluru hidup.

Sementara itu, beberapa jam selepas Trump membuat pengumuman, semua kedutaan Amerika mengeluarkan amaran kepada rakyatnya.

“Pengumuman terbaharu Amerika Syarikat yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan akan memindahkan kedutaan ke bandar itu akan mencetuskan tunjuk perasaan, yang sesetengahnya kemungkinan bertukar menjadi ganas,” kata amaran itu.

Penunjuk perasaan juga berkumpul di luar kedutaan AS di Jordan dan pejabat konsulat Amerika di Istanbul, bagi membantah keputusan Trump itu.

Laporan turut menyebut Filipina akan mengikut jejak langkah Amerika mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan akan memindahkan kedutaannya ke bandar yang turut menempatkan masjid suci ketiga Islam – Masjidil Aqsa. – Agensi

Sumber: Saya Luv Islam via Ismaweb

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *